Wednesday 9 September 2020

Tatacara Untuk Meneruskan Keanggotaan dan Perlindungan Rawatan Hospital dan Surgeri Selepas Persaraan




Natijah daripada Kadar Agihan Dividen sebanyak 10% selama 10 tahun berturut-turut keatas Saham Anggota, sambutan dari anggota yang telah bersara untuk meneruskan keanggotaan amat memberansangkan. Rekod menunjukkan sehingga 31 Disember 2019, seramai 635 anggota adalah Pesara. Koperasi menyeru kepada anggota yang telah dan bakal bersara untuk meneruskan keanggotaan mengikut ketetapan berikut:

  1. Mengemukakan permohonan bertulis kepada koperasi dengan menyatakan dengan jelas hasrat untuk meneruskan keanggotaan.
  2. Permohonan yang  lengkap diterima akan dibentang di dalam Mesyuarat Anggota Lembaga untuk kelululusan. Anggota akan dimaklumkan tarikh kelulusan diperrolehi.
  3. Sejumlah RM5,000 atau 5,000-unit dikekalkan sebagai saham minima untuk membolehkan pesara meneruskan keanggotaan.
  4. Baki wang daripada jumlah yang diasingkan sebagai saham minima tersebut yang merupakan Yuran Modal Anggota akan dikembalikan kepada anggota seawal 3 bulan dan selewat-lewatnya 6 bulan dari tarikh permohonan diluluskan oleh Mesyuarat Anggota Lembaga.  


  1. Perlindungan Rawatan Perubatan Staf yang disediakan oleh FELCRA Berhad akan tamat sebaik sahaja anggota menamatkan perkhidmatan. Selepas itu, anggota akan terdedah kepada risiko kesihatan yang jika tidak dilindungi maka kos perubatan terpaksa ditanggung sepenuhnya sendiri. 
  2. Bagi anggota yang meneruskan keanggotaan dengan mengekalkan saham minima RM5,000, adalah disarankan untuk meneruskan perlindungan Rawatan Hospital dan Surgeri melalui skim yang ditawarkan oleh Koperasi secara berkelompok. 
  3. Bayaran caruman Takaful perlindungan ini bolehlah dibuat secara bayaran tahunan atau enam (6) bulan sekali. Caruman juga boleh ditolak daripada Yuran Modal Anggota yang masih berbaki. 
Untuk keterangan lanjut mohon hubungi Abdul Kahar  ditalian 0193314050  atau Maslina ditalian 016-7132205 sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum tarikh persaraan

No comments:

Post a Comment

Penyerahan Zakat Wakalah KKF kepada Sdr Rosli Zanordin Staf FB Bukit Kapah.

Penyerahan Zakat Wakalah KKF kepada   Saudara Rosli bin Zanordin telah disempurnakan oleh Yg Bhg Tn. Hj Nor Zahari bin Zakaria pada 26hb Okt...