Tuesday 8 September 2020

SUSTAINING BUSINESS PERFORMANCE ANTARA INTIPATI UCAPAN DASAR PENGERUSI PADA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN KALI KE-38

 




      Tn Hj Norzahari bin Zakaria sebagai Pengerusi Koperasi Sesi 2019/2020  mengucapkan syukur kerana sepanjang tahun 2019, walaupun kontrak-kontrak yang diterima daripada FELCRA Berhad amat terbatas, namun Koperasi masih mampu untuk terus membuat keuntungan. Sebahagian besar daripada keuntungan dijana melalui aktiviti dalaman dan selebihnya adalah kesinambungan kepada kerja-kerja kontrak tahun 2018 yang masih berbaki. Sebagaimana yang dijangka, pendapatan pada tahun 2019 telah merosot dengan ketara. Jumlah perolehan Koperasi dari semua aktiviti merosot daripada RM28.05 juta pada tahun 2018 kepada RM17.17 juta sahaja. Secara peratusan, perolehan Koperasi merosot 38.75% atau RM10.87 juta berbanding tahun 2018. 

        Pendapatan daripada aktiviti perladangan yang terjejas teruk merosot daripada RM18.38 juta kepada RM6.40 juta pada tahun 2019. Walau bagaimana pun aktiviti Non Agribiz pula sedikit meningkat daripada RM8.22 juta pada tahun 2018 kepada RM9.29 juta, peningkatan sebanyak RM1.07 juta atau 13.01%. 


            Diantara faktor utama yang menyumbang kepada perubahan ketara ini adalah kesan daripada:-

a.           Tiada lagi kontrak Pertanian Am Tanam Semula baru yang ditawarkan sepanjang tahun 2019. Begitu juga tiada kerja-kerja MKT dan MMB yang dijalankan. Namun begitu kontrak bekalan benih sawit dan getah mendapat permintaan yang sangat tinggi. Ini berikutan daripada pengiktirafan CoPN yang kita perolehi dari MOPB. Dalam usaha untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran benih-benih sawit mampan yang baik dan berkualiti menjelang tahun 2021,  Koperasi sedang merangka untuk mengambil alih tapak-tapak semaian yang telah mencapai taraf CoPN dalam masa terdekat ini. 

b.              Kehilangan keatas Caruman Takaful Perlindungan Hospital sedikit sebanyak telah ditampung oleh Caruman Takaful Kontrak, Caruman Takaful Kenderaan dan Caruman keatas Skim Perlindungan Kesihatan Tenaga Kerja Asing.

c.           Dividen daripada anak syarikat dimana koperasi melabur iaini FELCRA Bekalan & Perkhidmatan dan FELCRA Travels & Tours sdn bhd, tidak langsung menyumbang kepada perolehan koperasi sepanjang tahun 2019. 

                      Walau dalam keadaan kemerosotan dan kesukaran ini, Koperasi Kakitangan FELCRA  masih memperolehi  keuntungan kasar RM4.56 juta dan hasil daripada penstabilan kos pengurusan telah menjadikan keuntungan bersih koperasi sebelum  agihan pada tahun 2019 merosot kepada RM1.82 juta berbanding RM3.42 juta pada tahun sebelumnya. 

        Walau bagaimana pun pada tahun 2019, Koperasi masih mampu untuk  mencadangkan bayaran Dividen Anggota sebanyak 10% keatas Saham Modal dan 4% keatas Yuran Modal dengan agihan pendapatan bernilai RM1.20 juta tertakluk kepada kelulusan Mesyuarat Agung Perwakilan dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia. 

                Pengerusi juga menyeru kepada semua anggota-anggota menambah saham masing-masing kepada RM5,000 untuk menerima sekurang kurangnya dividen sebanyak RM500 setiap tahun. Pelaburan saham tambahan tersebut boleh dibuat pada bila bila masa di Pejabat KKF diabayar secara tunai atau pun dimasukkan kedalam akaun koperasi. Pengiraan dividen akan diambilkira keatas baki akhir saham pada 30hb Jun tahun sebelumnya.

                    Pengerusi KKF juga menyentuh tentang Rangka Kerja Strategi “sustaining business performance” yang telah dirancang oleh Koperasi pada tahun 2018 berpaksikan kepada pengukuhan kekuatan dalaman koperasi melalui aktiviti kendiri ternyata telah mula membuahkan hasil.

                        Projek Tanaman Nenas MD2 secara komersial bermula di Ulu Jenut Pahang  telah dikembangkan lagi di Dusun Panti, Johor dalam jangkaan 200,000 pokok telah ditanam dan dijangka akan menghasilkan pendapatan RM2.00 juta pada sekitar tahun 2022.






                    KKF juga telah memulakan kerja kerja pembekalan Jentera Ladang melalui konsep Rental on Purchase (ROP) dan secara syariahnya kita mengunakan konsel bayaran tertangguh. Melalui konsep ini, mana mana Pejabat Kawasan yang memerlukan Jentera atau peralatan Ladang bolehlah mendapatkan bekalan daripada koperasi dan kadar bayaran sewaan bulanan minima akan dikenakan apabila tamat tempoh sewaan dan Jentera tersebut akan menjadi milik Kawasan tersebut.



 

            Koperasi juga telah mengorak langkah untuk membuka KKF Mart yang menjual barangan rungcit serta membekal makanan kepada Tenaga Kerja Asing (TKA) di Wilayah Johor. KKF juga dalam perancangan untuk membangunkan KKF Biz Corner yang terdiri daripada Fruits Shop, Barber Shop dan Pejabat yang memperbaharui cukai jalan dan insurans kenderaan disebelah KKF Mart di Jalan Kota Tinggi Mersing.






                 


                Malaysia Oil Palm Board (MPOB) juga telah memberi kepercayaan kepada KKF untuk melaksanakan kerja kerja Pertanian Am Tanam Semula dan kerja kerja ini akan bermula pada 1hb September 2020. Disamping itu khidmat koperasi membekalkan seramai 46 tenaga kerja Ladang di Pusat Penyelidikan MOPB semenjak tahun 2016 masih lagi diteruskan.

                 Disamping itu, demi menjaga kemaslahatan Anggota Skim Perlindungan       Rawatan Hospital dan Surgeri tetap diteruskan walau pun pada tahun 2020 ini kita         menyaksikan kenaikan caruman sebanyak 70%. Buat masa ini Koperasi terpaksa            menangung risiko perlindungan ini sehingga kita mendapat suatu syarikat yang     sanggup menurunkan kadar Caruman yang lebih rendah.

                            Pengerusi KKF turut menyentuh mengenai kedudukan Anak Syarikat FELCRA Travels & Tours Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Koperasi telah mula cenderung kearah kemelut yang sama seperti yang dialami KKF Holdings. Pada tahun 2018, akaun anak syarikat ini menghadapi masalah akaun tidak dapat disahkan oleh Juruaudit Luar sementara pada tahun ini menghadapikerugian berjumlah RM2.4 juta. Masalh ini ditambah dengan bebanan hutang serta komitmen tinggi yang perlu dibayar setiap bulan.

                            Sebagai langkah bagi mengekalkan Koperasi ini hilang kawalan keatas Pentadbiran dan Pengurusan anak syarikat ini, bermula tahun 2020 Koperasi telah melantik Encik Mohd Hanafi bin Mohd Yusof yang juga Pengurus Besar Koperasi sebagai care-taker  bertindak sebagai Pengurus Besar Anak Syarikat. 

                            Hasilnya, sebelum PKP, prestasi Jemaah Umrah sehingga Februari 2020 telah berjaya mengatasi jualan sepanjang tahun 2019. Namun komitmem hutang yang tinggi sebanyak telah menggangu aliran tunai syarikat. Pengerusi juga memaklumkan bahawa tiada komitmen baru dibuat sepanjang tahun 2020. 

                            Namun begitu, ketentuan Allah SWT tidak terduga, Negara dan seluruh Dunia dilanda wabak COVID 19 dan sektor perlancongan dan umrah lumpuh sama sekali, tiket dan pakej keluar negara terpaksa ditangguhkan. Sekali lagi FELCRA Travels & Tours menghadapi kemelut dan kesukaran untuk memulihkan prestasinya, namun Koperasi tidak akan berputus asa dan menyerah kalah. Pasti ada hikmah pada setiap dugaan dan cabaran yang ditetapkan Allah SWT. Pengerusi juga berharap inilah masanya untuk kita sama-sama dalam satu tekad dan usaha, untuk sama-sama memulihkan kembali prestasi anak syarikat ini. 

                        Pengerusi seterusnya memaklumkan bahawa sepanjang tahun 2019, aliran tunai koperasi telah ditadbir dengan baik dan rungutan daripada anggota untuk mengeluarkan saham telah berkurangan. Walau bagaimana pun, kekangan aliran tunai FELCRA yang begitu meruncing sejak akhir-akhir ini turut memberi kesan kepada kedudukan tunai Koperasi. Sehingga 31 Disember 2019, jumlah hutang FELCRA Berhad kepada KKF telah mencapai suatu jumlah yang agak tinggi. Beliau berharap dan berdoa' agar segala usaha yang akan dan sedang dijalankan oleh Pengurusan Tertinggi FELCRA Berhad akan dipermudahkan dan membuahkan hasil.

                        Dalam usaha membantu anggota mengukuhkan ekonomi masing masing, KKF telah memperuntukkan dana sejumlah RM10.00 juta sebagai kemudahan pembiayaan patuh syariah dengan kadar keuntungan yang amat kompetetif. 

                      Sementara kadar NPL Koperasi kekal mampan pada kadar dibawah 2.00% antara yang terendah di Malaysia. Lanjutan dari usul Anggota Perwakilan pada persidangan kali ke-37 untuk membenarkan anggota membuat ‘Pembiayaan Bertindih’, Pengerusi yakin bahawa dana RM10.00 juta yang diperuntukkan lebih daripada mencukupi. Oleh itu, Pengerusi menyeru kepada semua Anggota Perwakilan agar bolehlah menwar-warkan kepada anak anak buah masing masing agar membuat pembiyaan dengan koperasi.


No comments:

Post a Comment

Penyerahan Zakat Wakalah KKF kepada Sdr Rosli Zanordin Staf FB Bukit Kapah.

Penyerahan Zakat Wakalah KKF kepada   Saudara Rosli bin Zanordin telah disempurnakan oleh Yg Bhg Tn. Hj Nor Zahari bin Zakaria pada 26hb Okt...