Tuesday 26 February 2013

Meraikan Peserta-Peserta FELCRA Berhad Kawasan Lahad Datu, Sabah

Suatu Majlis Makan Malam telah diadakan sempena lawatan 3 hari 2 malam Peserta-peserta FELCRA Berhad dari Kawasan Lahad Datu, Sabah bertempat di Restoran Ayuthaya, Wangsa Maju. Encik Ramli bin Mat, Pengurus Kawasan Lahad Datu, yang mengetuai rombongan tersebut, didalam ucapan alu-aluan amat berterima kasih atas kesudian mantan Pengurus Besar Wilayah Sabah Tuan Haji Samian bin Mohd Ali yang dapat turut serta meraikan rombongan tersebut. Tuan Haji Samian melahirkan rasa terharu keatas kesudian peserta dari Lahad Datu, yang masih sudi bertemu dan tidak melupakan beliau walau pun beliau telah bersara. 

Sementara itu, Encik Titik Garuda, wakil peserta pula melahirkan rasa bertuah kerana dapat 'melihat sambil belajar' adat resam serta budaya masyarakat setempat  serta yakin bahawa kunjungan ke Semenanjung buat julung kalinya membawa erti yang amat besar kepada peserta.

Majlis turut dihadiri oleh Encik Mohd Hanafi bin Mohd Yusof, Pengurus Besar Koperasi serta Encik Mohd Mior Bahrin bin Kamarudin, Pengurus Besar FELCRA Travels & Tours Sdn Bhd tamat jam 10.00 malam.








Diantara Peserta-Peserta yang hadir
 









Encik Mohd Hanafi bin Mohd Yusof, Pengurus Besar Koperasi



Eksekutif Kewangan FELCRA Travels & Tours

Tn Hj Samian bin Mohd Ali Mantan Pengurus Besar Sabah merangkap Anggota Lembaga Koperasi


  

No comments:

Post a Comment

Penyerahan Zakat Wakalah KKF kepada Sdr Rosli Zanordin Staf FB Bukit Kapah.

Penyerahan Zakat Wakalah KKF kepada   Saudara Rosli bin Zanordin telah disempurnakan oleh Yg Bhg Tn. Hj Nor Zahari bin Zakaria pada 26hb Okt...