Wednesday 9 September 2020

Pembiayaan Eazy Travels Meransang Pelancungan Domestik.

 


Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dilanjutkan sehingga Disember 2020 telah memberi impak negatif kepada industri pelancungan terutama apabila pergerakan keluar masuk negara amat terhad. Aktiviti perniagaan FELCRA Travels & Tours sebagai anak syarikat milik Koperasi turut menerima kesan lansung terutama sektor Tikecting dan Pakej Pelancungan Luar Negara. Aktiviti Umrah dan Ziarah juga d tangguhkan hingga ke suatu tarikh yang belum ditentukan lagi.

 


Langkah kerajaan untuk memberi pengecualian cukai pendapatan individu sebanyak RM1,000 kepada perbelanjaan pelancungan dalam Negara adalah suatu Langkah positif yang dijangka akan membantu industri pelancungan yang terjejas.  

 

Sehubungan dengan itu, bagi mengalakkan anggota untuk melancung di dalam Negara, Koperasi telah menyediakan peruntukan berjumlah RM20,000 bagi setiap anggota melalui kemudahan Pembiayaan Mudah Eazy Travels bagi tujuan membawa keluarga bercuti dan melancung melalui FELCRA Travels & Tours Sdn Bhd.

 

Ambillah peluang ini, hubungi Hj. Yaris: 019-2733202 atau Hj. Awie 017-6283273 untuk tempahan.  

Tatacara Untuk Meneruskan Keanggotaan dan Perlindungan Rawatan Hospital dan Surgeri Selepas Persaraan




Natijah daripada Kadar Agihan Dividen sebanyak 10% selama 10 tahun berturut-turut keatas Saham Anggota, sambutan dari anggota yang telah bersara untuk meneruskan keanggotaan amat memberansangkan. Rekod menunjukkan sehingga 31 Disember 2019, seramai 635 anggota adalah Pesara. Koperasi menyeru kepada anggota yang telah dan bakal bersara untuk meneruskan keanggotaan mengikut ketetapan berikut:

  1. Mengemukakan permohonan bertulis kepada koperasi dengan menyatakan dengan jelas hasrat untuk meneruskan keanggotaan.
  2. Permohonan yang  lengkap diterima akan dibentang di dalam Mesyuarat Anggota Lembaga untuk kelululusan. Anggota akan dimaklumkan tarikh kelulusan diperrolehi.
  3. Sejumlah RM5,000 atau 5,000-unit dikekalkan sebagai saham minima untuk membolehkan pesara meneruskan keanggotaan.
  4. Baki wang daripada jumlah yang diasingkan sebagai saham minima tersebut yang merupakan Yuran Modal Anggota akan dikembalikan kepada anggota seawal 3 bulan dan selewat-lewatnya 6 bulan dari tarikh permohonan diluluskan oleh Mesyuarat Anggota Lembaga.  


  1. Perlindungan Rawatan Perubatan Staf yang disediakan oleh FELCRA Berhad akan tamat sebaik sahaja anggota menamatkan perkhidmatan. Selepas itu, anggota akan terdedah kepada risiko kesihatan yang jika tidak dilindungi maka kos perubatan terpaksa ditanggung sepenuhnya sendiri. 
  2. Bagi anggota yang meneruskan keanggotaan dengan mengekalkan saham minima RM5,000, adalah disarankan untuk meneruskan perlindungan Rawatan Hospital dan Surgeri melalui skim yang ditawarkan oleh Koperasi secara berkelompok. 
  3. Bayaran caruman Takaful perlindungan ini bolehlah dibuat secara bayaran tahunan atau enam (6) bulan sekali. Caruman juga boleh ditolak daripada Yuran Modal Anggota yang masih berbaki. 
Untuk keterangan lanjut mohon hubungi Abdul Kahar  ditalian 0193314050  atau Maslina ditalian 016-7132205 sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum tarikh persaraan

Pindaan dan Tambahan Kepada Tabung Kebajikan Anggota.

 Dengan kedudukan dana Tabung Kebajikan Anggota yang sedikit mengukuh, Anggota Lembaga Koperasi telah bersetuju untuk meluluskan tambahan kepada kadar bantuan anggota berkuatkuasa 1hb April 2020. Anggota disaran untuk mengemukan permohonan bersama-sama dokumen sokongan untuk memudahkan prosesan. Untuk keterangan lanjut boleh berhubung dengan Normala – 019-2804050.

        

Bencana

Kadar Lama (RM)

Kadar Baru (RM)

Bencana Alam

200.00

300.00

Penyakit Kronik (one off)

200.00

500.00

Kematian

 

 

1.    Anggota

200.00

500.00

2.    Pasangan/Anak

200.00

300.00

Bantuan/Alat Sokongan (one off)

 

 

1.    Kerusi Roda

Tiada

400.00

2.    Tongkat Kaki

Tiada

150.00

        
Penerima Bantuan Kerusi Roda dari Tabung Kebajikan Anggota Sdr Zinur bin Sirun bekas Pemandu FELCRA Berhad Kawasan Bertam Malim

Sdr Zinur kini lumpuh setelah diserang stroke memerlukan bantuan sepenuhnya oleh ahli keluarga.

Pengurus Besar Koperasi menyerahkan Kerusi Roda kepada Sdr Zinur bin Sirun 


Dana Khas RM10.00 juta untuk Pembiayaan Anggota.

 

 

Pandemik Wabak COVID 19 yang menjejaskan banyak sektor pada amnya akan bakal memberi kesan lansung kepada ekonomi Malaysia. 

Koperasi Kakitangan FELCRA terpanggil untuk turut serta dalam meransang pasaran domestik dengan memperuntukkan RM10.00 juta sebagai pemangkin kepada ekonomi mikro Negara.   

Sehubungan dengan itu, Anggota Lembaga Koperasi telah bersetuju untuk meluluskan Pembiayaan Bertindih (Overlapping Loan) tertakluk kepada dua puloh lima peratus (25%) dari pembiayaan lama telah dijelaskan. 

Pembiayaan patuh Syariah dengan jumlah maksimum RM100,000 bayaran balik selama 120 bulan serta kadar keuntungan serendah 6.00% adalah tawaran terbaik daripada Koperasi. 

Permohonan awal bagi pembiayaan boleh dikemukakan kepada Koperasi akan diproses segera. Melalui peruntukan dana tersedia guna ini, jangkamasa menunggu untuk anggota memperolehi pembiayaan akan dipendekkan. 

Morotarium tidak akan kekal lama, Rancang kewangan anda dengan bijak sebagai persediaan untuk menghadapi gelombang ekonomi pasca Covic 19 Hubungi Hairol 017-3845134 atau Salbiah 019-2764050 dengan segera.



Tuesday 8 September 2020

SUSTAINING BUSINESS PERFORMANCE ANTARA INTIPATI UCAPAN DASAR PENGERUSI PADA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN KALI KE-38

 




      Tn Hj Norzahari bin Zakaria sebagai Pengerusi Koperasi Sesi 2019/2020  mengucapkan syukur kerana sepanjang tahun 2019, walaupun kontrak-kontrak yang diterima daripada FELCRA Berhad amat terbatas, namun Koperasi masih mampu untuk terus membuat keuntungan. Sebahagian besar daripada keuntungan dijana melalui aktiviti dalaman dan selebihnya adalah kesinambungan kepada kerja-kerja kontrak tahun 2018 yang masih berbaki. Sebagaimana yang dijangka, pendapatan pada tahun 2019 telah merosot dengan ketara. Jumlah perolehan Koperasi dari semua aktiviti merosot daripada RM28.05 juta pada tahun 2018 kepada RM17.17 juta sahaja. Secara peratusan, perolehan Koperasi merosot 38.75% atau RM10.87 juta berbanding tahun 2018. 

        Pendapatan daripada aktiviti perladangan yang terjejas teruk merosot daripada RM18.38 juta kepada RM6.40 juta pada tahun 2019. Walau bagaimana pun aktiviti Non Agribiz pula sedikit meningkat daripada RM8.22 juta pada tahun 2018 kepada RM9.29 juta, peningkatan sebanyak RM1.07 juta atau 13.01%. 


            Diantara faktor utama yang menyumbang kepada perubahan ketara ini adalah kesan daripada:-

a.           Tiada lagi kontrak Pertanian Am Tanam Semula baru yang ditawarkan sepanjang tahun 2019. Begitu juga tiada kerja-kerja MKT dan MMB yang dijalankan. Namun begitu kontrak bekalan benih sawit dan getah mendapat permintaan yang sangat tinggi. Ini berikutan daripada pengiktirafan CoPN yang kita perolehi dari MOPB. Dalam usaha untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran benih-benih sawit mampan yang baik dan berkualiti menjelang tahun 2021,  Koperasi sedang merangka untuk mengambil alih tapak-tapak semaian yang telah mencapai taraf CoPN dalam masa terdekat ini. 

b.              Kehilangan keatas Caruman Takaful Perlindungan Hospital sedikit sebanyak telah ditampung oleh Caruman Takaful Kontrak, Caruman Takaful Kenderaan dan Caruman keatas Skim Perlindungan Kesihatan Tenaga Kerja Asing.

c.           Dividen daripada anak syarikat dimana koperasi melabur iaini FELCRA Bekalan & Perkhidmatan dan FELCRA Travels & Tours sdn bhd, tidak langsung menyumbang kepada perolehan koperasi sepanjang tahun 2019. 

                      Walau dalam keadaan kemerosotan dan kesukaran ini, Koperasi Kakitangan FELCRA  masih memperolehi  keuntungan kasar RM4.56 juta dan hasil daripada penstabilan kos pengurusan telah menjadikan keuntungan bersih koperasi sebelum  agihan pada tahun 2019 merosot kepada RM1.82 juta berbanding RM3.42 juta pada tahun sebelumnya. 

        Walau bagaimana pun pada tahun 2019, Koperasi masih mampu untuk  mencadangkan bayaran Dividen Anggota sebanyak 10% keatas Saham Modal dan 4% keatas Yuran Modal dengan agihan pendapatan bernilai RM1.20 juta tertakluk kepada kelulusan Mesyuarat Agung Perwakilan dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia. 

                Pengerusi juga menyeru kepada semua anggota-anggota menambah saham masing-masing kepada RM5,000 untuk menerima sekurang kurangnya dividen sebanyak RM500 setiap tahun. Pelaburan saham tambahan tersebut boleh dibuat pada bila bila masa di Pejabat KKF diabayar secara tunai atau pun dimasukkan kedalam akaun koperasi. Pengiraan dividen akan diambilkira keatas baki akhir saham pada 30hb Jun tahun sebelumnya.

                    Pengerusi KKF juga menyentuh tentang Rangka Kerja Strategi “sustaining business performance” yang telah dirancang oleh Koperasi pada tahun 2018 berpaksikan kepada pengukuhan kekuatan dalaman koperasi melalui aktiviti kendiri ternyata telah mula membuahkan hasil.

                        Projek Tanaman Nenas MD2 secara komersial bermula di Ulu Jenut Pahang  telah dikembangkan lagi di Dusun Panti, Johor dalam jangkaan 200,000 pokok telah ditanam dan dijangka akan menghasilkan pendapatan RM2.00 juta pada sekitar tahun 2022.






                    KKF juga telah memulakan kerja kerja pembekalan Jentera Ladang melalui konsep Rental on Purchase (ROP) dan secara syariahnya kita mengunakan konsel bayaran tertangguh. Melalui konsep ini, mana mana Pejabat Kawasan yang memerlukan Jentera atau peralatan Ladang bolehlah mendapatkan bekalan daripada koperasi dan kadar bayaran sewaan bulanan minima akan dikenakan apabila tamat tempoh sewaan dan Jentera tersebut akan menjadi milik Kawasan tersebut.



 

            Koperasi juga telah mengorak langkah untuk membuka KKF Mart yang menjual barangan rungcit serta membekal makanan kepada Tenaga Kerja Asing (TKA) di Wilayah Johor. KKF juga dalam perancangan untuk membangunkan KKF Biz Corner yang terdiri daripada Fruits Shop, Barber Shop dan Pejabat yang memperbaharui cukai jalan dan insurans kenderaan disebelah KKF Mart di Jalan Kota Tinggi Mersing.






                 


                Malaysia Oil Palm Board (MPOB) juga telah memberi kepercayaan kepada KKF untuk melaksanakan kerja kerja Pertanian Am Tanam Semula dan kerja kerja ini akan bermula pada 1hb September 2020. Disamping itu khidmat koperasi membekalkan seramai 46 tenaga kerja Ladang di Pusat Penyelidikan MOPB semenjak tahun 2016 masih lagi diteruskan.

                 Disamping itu, demi menjaga kemaslahatan Anggota Skim Perlindungan       Rawatan Hospital dan Surgeri tetap diteruskan walau pun pada tahun 2020 ini kita         menyaksikan kenaikan caruman sebanyak 70%. Buat masa ini Koperasi terpaksa            menangung risiko perlindungan ini sehingga kita mendapat suatu syarikat yang     sanggup menurunkan kadar Caruman yang lebih rendah.

                            Pengerusi KKF turut menyentuh mengenai kedudukan Anak Syarikat FELCRA Travels & Tours Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Koperasi telah mula cenderung kearah kemelut yang sama seperti yang dialami KKF Holdings. Pada tahun 2018, akaun anak syarikat ini menghadapi masalah akaun tidak dapat disahkan oleh Juruaudit Luar sementara pada tahun ini menghadapikerugian berjumlah RM2.4 juta. Masalh ini ditambah dengan bebanan hutang serta komitmen tinggi yang perlu dibayar setiap bulan.

                            Sebagai langkah bagi mengekalkan Koperasi ini hilang kawalan keatas Pentadbiran dan Pengurusan anak syarikat ini, bermula tahun 2020 Koperasi telah melantik Encik Mohd Hanafi bin Mohd Yusof yang juga Pengurus Besar Koperasi sebagai care-taker  bertindak sebagai Pengurus Besar Anak Syarikat. 

                            Hasilnya, sebelum PKP, prestasi Jemaah Umrah sehingga Februari 2020 telah berjaya mengatasi jualan sepanjang tahun 2019. Namun komitmem hutang yang tinggi sebanyak telah menggangu aliran tunai syarikat. Pengerusi juga memaklumkan bahawa tiada komitmen baru dibuat sepanjang tahun 2020. 

                            Namun begitu, ketentuan Allah SWT tidak terduga, Negara dan seluruh Dunia dilanda wabak COVID 19 dan sektor perlancongan dan umrah lumpuh sama sekali, tiket dan pakej keluar negara terpaksa ditangguhkan. Sekali lagi FELCRA Travels & Tours menghadapi kemelut dan kesukaran untuk memulihkan prestasinya, namun Koperasi tidak akan berputus asa dan menyerah kalah. Pasti ada hikmah pada setiap dugaan dan cabaran yang ditetapkan Allah SWT. Pengerusi juga berharap inilah masanya untuk kita sama-sama dalam satu tekad dan usaha, untuk sama-sama memulihkan kembali prestasi anak syarikat ini. 

                        Pengerusi seterusnya memaklumkan bahawa sepanjang tahun 2019, aliran tunai koperasi telah ditadbir dengan baik dan rungutan daripada anggota untuk mengeluarkan saham telah berkurangan. Walau bagaimana pun, kekangan aliran tunai FELCRA yang begitu meruncing sejak akhir-akhir ini turut memberi kesan kepada kedudukan tunai Koperasi. Sehingga 31 Disember 2019, jumlah hutang FELCRA Berhad kepada KKF telah mencapai suatu jumlah yang agak tinggi. Beliau berharap dan berdoa' agar segala usaha yang akan dan sedang dijalankan oleh Pengurusan Tertinggi FELCRA Berhad akan dipermudahkan dan membuahkan hasil.

                        Dalam usaha membantu anggota mengukuhkan ekonomi masing masing, KKF telah memperuntukkan dana sejumlah RM10.00 juta sebagai kemudahan pembiayaan patuh syariah dengan kadar keuntungan yang amat kompetetif. 

                      Sementara kadar NPL Koperasi kekal mampan pada kadar dibawah 2.00% antara yang terendah di Malaysia. Lanjutan dari usul Anggota Perwakilan pada persidangan kali ke-37 untuk membenarkan anggota membuat ‘Pembiayaan Bertindih’, Pengerusi yakin bahawa dana RM10.00 juta yang diperuntukkan lebih daripada mencukupi. Oleh itu, Pengerusi menyeru kepada semua Anggota Perwakilan agar bolehlah menwar-warkan kepada anak anak buah masing masing agar membuat pembiyaan dengan koperasi.


Monday 7 September 2020

MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE 38


 Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali ke-38 telah berlansung pada 30hb Ogos 2020 di Bukit Gambang Resort City Kuantan. Mesyuarat kali ini turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia Yg Bhg Tuan Haji Zazali bin Haron dan Pengarah SKM Wilayah Persekutuan Yh Bhg Encik Amran bin Abdul Kadir. Turut hadir adalah Pegawai dari Lembaga Zakat Pahang bagi menyempurnakan agihan zakat bagi tahun 2019.


Bagi pihak Anggota Lembaga Koperasi, kami mengucapkan jutaan terima kasih dan berbesar hati atas kehadiran semua Anggota Perwakilan dari seluruh Negara. Segala mandat dan pandangan Anggota Perwakilan akan dilaksanakan dengan sebaiknya demi kemajuan Koperasi. 

  





Penyerahan Zakat Wakalah KKF kepada Sdr Rosli Zanordin Staf FB Bukit Kapah.

Penyerahan Zakat Wakalah KKF kepada   Saudara Rosli bin Zanordin telah disempurnakan oleh Yg Bhg Tn. Hj Nor Zahari bin Zakaria pada 26hb Okt...