Monday 7 July 2014

KUNJUNGAN HORMAT YG. BHG PENGERUSI KE PEJABAT URUSAN KOPERASI

Pada 4hb Julai 2014 jam 9.30 pagi, Pengerusi Koperasi Kakitangan FELCRA, Yg. Bhg Tn. Haji Saimin bin Basir telah meluangkan masa untuk mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Koperasi. Semasa lawatan kesemua Bahagian; Beliau mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan Ketua-ketua Unit disamping memeriksa kawasan kerja serta bertukar-tukar pandangan dengan Ketua Unit.   Selanjutnya Yg. Bhg. Pengerusi juga mengarahkan agar Koperasi Kakitangan FELCRA melaksanakan 5's sebagaimana yang telah dijayakan oleh FELCRA Berhad terutama dalam aspek 'Filing System'. Suatu 'Task Force' akan diujudkan bertujuan untuk membantu Pengurusan Koperasi melaksanakan sistem 5's ini. 

Yg. Bhg Pengerusi turut mengingatkan semua kakitangan Koperasi  dan FELCRA Travels & Tours Sdn Bhd bahawa perlantikan Anggota Lembaga oleh Anggota Perwakilan bukanlah sesuatu yang kosong tetapi sebaliknya prestasi dan pencapaian Anggota Lembaga juga akan dinilai pada setiap kali Mesyuarat Agung Tahunan. Sehubungan dengan itu, Anggota Lembaga dan Pengurusan harus mempunyai halatuju dan aspirasi yang sama untuk mencapai matlamat yang disasarkan pada 2014 sebanyak RM1.80 juta keuntungan. 

Yg. Bhg Pengerusi telah mengariskan strategi utama untuk mencapai matlamat tersebut:-

  1. Langganan Terbitan Syer hendaklah mencapai tahap 90.00%  sehingga akhir tahun. Suatu Task Force yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua (2) orang Anggota Lembaga akan dilantik.
  2. Key Performance Indicator - semua staf ditetap mempunyai KPI masing-masing dan bagi staf Eksekutif keatas; Penilaian Khusus daripada sudut yang berbeza akan dilaksanakan.
  3. Kehadiran Waktu Bekerja - Laporan tiga (3) bulan pertama hendaklah dihantar kepada Setiausaha.
  4. Gerakkerja untuk persediaan Mesyuarat Kawasan Sesi 2015/2017 hendaklah bermula pada bulan Oktober/November 2014.
  5. Pengendalian Mesyuarat ALK - semua Agenda harus dibincangkan bersama Pengerusi sebelum dibentangkan dan Buku Mesyuarat hendaklah diedarkan sekuraung-kurangnya (2) dua hari sebelum tarikh Mesyuarat berlansung.

Perjumpaan berakhir pada jam 11.50 pagi dan lawatan berikutnya akan ditetapkan pada 28 November 2014. 
semua kakitangan menunggu ketibaan Yg. Bhg Pengerusi

Ketibaan Yg. Bhg Pengerusi disambut oleh Pengurus Besar 
Melawat kawasan belakang premis 

Yg. Bhg Pengerusi memberikan pandangan.

beramah mesra dengan Ketua-ketua Bahagian

Majlis ringkas tetapi amat bermakna kepada warga kerja

Majlis turut disertai oleh ALK Utama

Yg. Bhg Pengerusi menyampaikan amanat dan mengariskan strategi.

menerima pandangan dengan tekun

turut mengambil catatan

Majlis berakhir pada jam 11.30 pagi.

Yg. Bhg Pengerusi juga turut melawat FELCRA Travels & Tours 
Kunjungan hormat Yg. Bhg Pengerusi  meninggalkan kenganan manis kepada Kakitangan.

Penyerahan Zakat Wakalah KKF kepada Sdr Rosli Zanordin Staf FB Bukit Kapah.

Penyerahan Zakat Wakalah KKF kepada   Saudara Rosli bin Zanordin telah disempurnakan oleh Yg Bhg Tn. Hj Nor Zahari bin Zakaria pada 26hb Okt...