Wednesday 10 April 2013

CREDIT BUBBLE- ARE WE SAFE??




KUALA LUMPUR, 2 April — Di sebalik beberapa pandangan optimis mengenai ekonomi untuk 2013 dan seterusnya, rakyat Malaysia sedang bergelut untuk menyimpan ketika cuba untuk menyelesaikan timbunan hutang dikala negara terapung di bawah 55 peratus hutang kepada nisbah siling Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Pandangan cerah mengenai ekonomi muncul menjelang Pilihan Raya 2013 tetapi ahli ekonomi telah menyatakan kebimbangan dengan peningkatan nisbah hutang isi rumah Malaysia kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang berjumlah 80.5 peratus tahun lepas, terutamanya disebabkan oleh kad kredit dan hutang peribadi.
“Ini adalah kerana isi rumah Malaysia sekarang ini sangat berminat untuk meminjam wang,” kata Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) Dr Zakariah Abdul Rashid menerangkan mengenai sebab utama peningkatan hutang isi rumah negara.
Beliau mengatakan hutang isi rumah Malaysia berbanding nisbah KDNK adalah diantara yang tertinggi di rantau ini, walaupun sesetengah negara lain telah mencapai lebih 100 peratus.
Hutang isi rumah Malaysia telah semakin meningkat daripada 75.8 peratus pada tahun 2010 kepada 76.6 peratus pada tahun 2011, dan kepada 80.5 peratus pada tahun lepas, yang menyebabkan amaran untuk berwaspada daripada penganalisis kewangan di rantau ini.
“Salah satu sebabnya adalah gaya hidup… mereka jatuh kedalam perangkap kerana perancangan kewangan yang lemah,” kata Mohamed Khalil Jamaldin, ketua jabatan korporat  dan komunikasi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
Khalil menerangkan, 25 peratus atau lebih kurang 84,000 orang yang menyertai program pengurusan hutang AKPK, jatuh dalam kategori tersebut, termasuk terlebih belanja dan kegagalan untuk membayar amaun minimum setiap bulan.
Hutang kad kredit
Pengusaha pengiklanan dan rekabentuk Samantha Fong (bukan nama sebenar), 36, mempunyai banyak hutang selepas beliau dan suaminya menanggung hutang RM10,000 dan RM20,000 setiap seorang semenjak dua tahun lalu akibat daripada kerugian perniagaan.
Mempunyai pendapatan isi rumah diantara RM5,000 hingga RM6,000 sebulan, Fong hanya mampu membayar RM600 untuk dua kad kreditnya, sementara suaminya boleh membayar diantara RM300 hingga RM800 sebulan bergantung kepada pendapatannya pada bulan tersebut.
Intan Jacquelina (bukan nama sebenar), 34, seorang ibu tunggal yang mempunyai hutang kad kredit lebih kurang RM10,000 kerana berbelanja hampir RM8,000 apabila beliau berpindah untuk menyewa unit kondominium seluas 1,000 kaki persegi di Kinrara, Puchong dari Johor.
“Kamu perlu membayar deposit, ditambah dengan perabot di dalam… Saya menggunakan kad kredit kerana saya tidak mempunyai wang tunai. Saya tidak pernah berjaya mengurangkannya,” kata Intan kepada The Malaysian Insider.
Eksekutif perkhidmatan awam itu mengakui beliau hanya mampu membayar bayaran bulanan minimum sebanyak RM500 dengan gaji RM5,500 sebulan, walaupun mengetahui ia hanya akan membayar faedah tujuh peratus manakala jumlah pokok kekal tidak terjejas.
Khalil menjelaskan menggunakan kad kredit untuk membayar pembayaran pendahuluan rumah atau kereta adalah penyalahgunaan kad kredit, yang merupakan 13 peratus daripada kes agensi tersebut.
Kredit mudah
Sementara itu, Zakariah menyalahkan kemudahan pinjaman wang menyebabkan sebilangan besar rakyat Malaysia berhutang, disumbangkan oleh kecairan yang tinggi dalam sektor perbankan.
“Jika mereka tidak memberi pinjaman, mereka tidak akan membuat untung. Prestasi mereka, indeks pencapaian utama (KPI) mereka bergantung kepada keuntungan,” katanya.
Baru-baru ini, lima telah didakwa di Mahkamah Sesyen selepas mereka menipu Bank Pertanian sebanyak RM275,000 dengan memohon untuk pinjaman peribadi secara menipu, menunjukkan betapa mudahnya untuk melakukannya.
Bank Negara Malaysia (BNM) telah cuba untuk membendung peningkatan hutang kad kredit dengan menaikkan syarat pendapatan minimum untuk kelayakan kad kredit dari RM18,000 ke RM24,000 setahun.
Bank pusat juga telah menggurangkan had kredit maksimum untuk dua kali ganda pendapatan bulanan pemegang kad bagi setiap pengeluar untuk mereka yang berpendapatan kurang daripada RM36,000 setahun.
Walau bagaimanapun, ketua ekonomi RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng berkata sekarang lebih mudah untuk meminta pinjaman kerana lebih ramai orang beralih kepada institusi kewangan bukan bank (NBFIs) seperti pertubuhan masyarakat dan koperasi.
“Langkah-langkah ini tidak mentadbir NBFIs. NBFIs tidak diselia oleh Bank Negara,” katanya, merujuk kepada peraturan-peraturan ketat yang bank-bank konvensional perlu ikuti.
Walaupun hanya melibatkan 12 peratus daripada jumlah kredit isi rumah, NBFIs dan institusi kewangan pembangunan (IKP) menjumlahkan 57 peratus daripada kredit pembiayaan peribadi.
Ini telah menyebabkan peningkatan dalam peratusan pembiayaan peribadi ke atas hutang isi rumah dari 16 peratus pada tahun 2011 kepada 17 peratus pada tahun lepas.
Gelembung kredit
Beberapa penganalisis memberitahu Malaysia berisiko berhadapan dengan gelembung kredit yang menghantui kebangkitan ekonomi Asia yang juga melibatkan Singapura, Thailand, China dan Taiwan.
Jika gelembung pecah, Zakariah memberi amaran satu malapetaka apabila isi rumah lalai pada hutang mereka, menyebabkan versi mini krisis 2008 subprima di Amerika Syarikat yang memaksa keruntuhan beberapa institusi kewangan dan ditutup secara paksa.
Yeah juga menjangkakan akan ada “kejutan ringan” kepada sistem perbankan, dengan kenaikan kira-kira dua hingga tiga peratus dalam pinjaman tidak berbayar.
Golongan berpendapatan rendah yang tidak boleh bersaing dengan standard hidup tinggi di bandar membentuk sebahagian besar daripada peningkatan dalam pinjaman, sekali gus membawa risiko terbesar jika gelembung kredit pecah.
Menurut BNM, kebanyakan peminjam dari NBFIs mendapat kurang daripada RM3,000 sebulan, dengan 80 peratus pinjaman peribadi yang diberikan kepada penjawat awam.
Zakariah walau bagaimanapun menafikan gelembung kredit berlaku dalam masa terdekat, dan menjelaskan BNM telah bersedia untuk senario itu sejak dua tahun lalu.
“Akta Perkhidmatan Kewangan (FSA) berkemungkinan akan berkuat kuasa tahun ini,” kata Yeah, merujuk kepada peraturan-peraturan yang akan mengekang NBFIs.
Gabenor BNM Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata bulan lepas bank pusat itu menyelia hutang isi rumah di negara ini, dan langkah-langkah pinjaman telah diketatkan selepas hutang isi rumah kepada nisbah KDNK mencecah 80.5 peratus pada tahun lepas.
Zeti memberi jaminan pinjaman tidak berbayar dalam sektor isi rumah kekal pada hanya 1.5 peratus, dan pembayaran balik kekal kuat.

Penyerahan Zakat Wakalah KKF kepada Sdr Rosli Zanordin Staf FB Bukit Kapah.

Penyerahan Zakat Wakalah KKF kepada   Saudara Rosli bin Zanordin telah disempurnakan oleh Yg Bhg Tn. Hj Nor Zahari bin Zakaria pada 26hb Okt...