Monday 19 October 2020

Penyerahan Sumbangan Tabung Kebajikan

Sempena lawatan Pengurus Besar Koperasi ke Ladang Rakyat Terengganu pada 15hb Oktober 2020, bersama-sama Pengurus Kawasan Seri Bandi telah berpeluang melawat dan menyampaikan sumbangan Tabung Kebajikan kepada Saudara Zakinajib bin Ahmad yang terlibat kemalangan motosikal semasa menjalankan tugas. Akibat daripada kemalangan ini, beliau mengalami retak dibahagian tulang keting dan mengalami kesukaran untuk bergerak. 

Sebagai pencarum kepada Skim Rawatan Hospital dan Surgeri KKF, Sdr Zakinajib turut dinasihat untuk mendapatkan rawatan lanjut di Kuantan Medical Centre. Sama-sama kita berdoa agar beliau cepat pulih dan dapat menjalankan tugas dengan segera.

Hj Isa bin Mohamad, Pengurus Kawasan Seri Bandi turut sama ketika Majlis Penyampaian Sumbangan tersebut.


No comments:

Post a Comment

Penyerahan Zakat Wakalah KKF kepada Sdr Rosli Zanordin Staf FB Bukit Kapah.

Penyerahan Zakat Wakalah KKF kepada   Saudara Rosli bin Zanordin telah disempurnakan oleh Yg Bhg Tn. Hj Nor Zahari bin Zakaria pada 26hb Okt...