Monday 12 October 2020

JEJAK KASIH - PENCARIAN ASNAF ZAKAT WAKALAH DITERUSKAN

 Penerima Zakat Wakalah seterusnya adalah Puan Radziah binti Baharuddin yang mengalami sakit saraf tahap 4 serta radang sendi. Beliau juga mengalami kesukaran untuk berjalan dan terpaksa mengunakan tongkat atau kerusi. Pengerusi Anggota Lembaga Koperasi telah menyampaikan Zakat Wakalah Koperasi kepada beliau di Kampung Kuala Jempol pada 9hb Oktober 2020 yang lalu. Lawatan singkat Pengerusi memberi makna yang amat besar kepada Puan Radziah yang terkenal dengan sifat ramah dan ceria. 

Pengerusi Koperasi menyampaikan bayaran zakat wakalah Koperasi kepada Puan Radziah atau lebih dikenali sebakai Kak  Wok dikalangan Kakitangan FELCRA Wilayah Tengah.

Tn Hj Abdul Rahman bin Ahmad, Anggota Lembaga Koperasi juga Exco Persatuan Alumni FELCRA Perak juga telah meluangkan masa untuk melawat Sdr Mohd Basri bin Zun, bekas Pengurus Kawasan Gunung Tunggal pada 12 Oktober 2020. Beliau kini menetap di Batu Gajah Perak menjalani pembedahan pintasan jantung pada bulan Disember 2019. Beliau kini sedang menjalani rawatan Homodialisis sebanyak tiga (3) kali seminggu disamping menghidap penyakit sakit kencing manis dan darah tinggi. Kehadiran rakan-rakan seperjuangan membawa seribu erti dan sedikit sebanyak menyuntik semangat baru kepada Sdr Basri.      

Perwakilan Perak, Sdr Mokhtar bin Rukun turut sama hadir 

Tn Hj Abdul Rahman menberi peransang dan dorongan kepada Sdr Basri agar tabah menghadapi dugaan Allah SWT.

Anggota Lembaga Koperasi dan kakitangan pengurusan mendoa'kan agar kedua-dua penerima ini terus tabah menghadapi dugaan. 

Pihak Koperasi akan terus menyalurkan bantuan kepada anggota-anggota yang memerlukan pada masa terdekat ini. InsyaAllah.



No comments:

Post a Comment

Penyerahan Zakat Wakalah KKF kepada Sdr Rosli Zanordin Staf FB Bukit Kapah.

Penyerahan Zakat Wakalah KKF kepada   Saudara Rosli bin Zanordin telah disempurnakan oleh Yg Bhg Tn. Hj Nor Zahari bin Zakaria pada 26hb Okt...