Monday 5 October 2020

Jejak Kasih - Agihan Zakat Wakalah Koperasi

Koperasi Kakitangan FELCRA Malaysia sedang berusaha untuk menjejaki bekas kakitangan FELCRA Berhad yang memerlukan tanpa mengambilkira samada anggota mahu pun bukan anggota untuk tujuan agihan Zakat Wakalah berjumlah RM500 setiap seorang penerima.

Agihan tunai akan diserahkan kepada nama-nama yang diterima daripada semua pihak termasuk Anggota Perwakilan yang telah memainkan peranan aktif dalam menjejak bekas-bakas kakitangan FELCRA diseluruh Negara. 

Saudara Nasarudin bin Omar kini menetap di Kuala Lipis adalah bekas Kakitangan FELCRA Berhad Rantau, mengalami penyakit buah pinggang dan kini menjalani rawatan Homodialisis menjadi penerima pertama sempena lawatan tugas hakiki Pengerusi sebagai Pengurus Besar Wilayah Pahang ke Kuala Lipis.



Tn Hj Nor Zahari, Pengerusi Koperasi menyampaikan Wang Tunai Zakat Wakalah kepada Sdr Nasarudin

Encik Daud bin Mohd Zainuddin Perwakilan Pahang turut serta

Saudara Nasarudin bin Omar bekas Kakitangan FELCRA Kawasan Rantau

Sehingga kini seramai 36 nama telah diterima dan menunggu masa yang sesuai untuk diserahkan.


Pengurus Perladangan KKF menyerahkan Wang Zakat Wakalah kepada Sdr Mansor bin Abdullah
Sdr Mansor bin Abdullah bekas kakitangan FELCRA Kawasan Lakai 

Saudara Mansor bin Abdullah kini menetap di Muar adalah bekas kakitangan FELCRA Berhad Kawasan Lakai menjadi penerima kedua zakat wakalah ini. Beliau telah menjalani pembedahan membuang darah beku di kepala melalui Skim Rawatan Hospital dan Surgeri Koperasi pada tahun 2018 dan seterusnya mendapat pencen ilat. 

Beliau kini lumpuh sebelah kanan badan dan pergerakan hanya berkerusi roda. Urusan harian dan bergerakan amat terhad serta memerlukan bantuan sepenuhnya dari keluarga. Ingatan beliau semakin lemah dan sukar mengenali nama rakan lama termasuk Encik Yusof bin Rahman yang sama bertugas di Kawasan Lakai sebagai Pengurus Kawasan.

Sebarang maklumat lanjut berkaitan Zakat Wakalah, mohon maklumkan kepada Pengurus Besar Koperasi melalui talian : 019-3314050. 





No comments:

Post a Comment

Penyerahan Zakat Wakalah KKF kepada Sdr Rosli Zanordin Staf FB Bukit Kapah.

Penyerahan Zakat Wakalah KKF kepada   Saudara Rosli bin Zanordin telah disempurnakan oleh Yg Bhg Tn. Hj Nor Zahari bin Zakaria pada 26hb Okt...