Tuesday 2 July 2013

UMUR PERSARAAN 60 TAHUN BERKUATKUASA 1 JULAI 2013

Akta Umur Persaraan Minimum 2012 (Akta 753) mula berkuatkuasa pada 1 Julai 2013 berdasarkan pewartaan P.U. (B) 422 bertarikh 26 Disember 2012 tanpa mengira jumlah bayaran gaji yang dibayar kepada pekerja.

Seksyen 4 di bawah Akta ini menetapkan bahawa umur persaraan minimum seseorang pekerja adalah apabila pekerja mencapai umur enam puluh (60) tahun.

Akta yang berkuatkuasa ini juga bermaksud bahawa pihak majikan boleh pada bila-bila masa menetapkan umur persaraan yang lebih tinggi daripada 60 tahun kepada para pekerjanya.

Sebarang permohonan penundaan pelaksanaan umur persaraan minimum yang dikemukakan oleh mana-mana majikan tidak boleh disifatkan sebagai penggantungan pelaksanaan Akta ini sebagaimana disebut di dalam Garis Panduan Kaedah Pelaksanaan Akta Umur Persaraan Minimum 2012 bertarikh 10 Januari 2013.

PS: harap dapat menenangkan gelombang aliran tunai keluar  KKF.  

No comments:

Post a Comment

Penyerahan Zakat Wakalah KKF kepada Sdr Rosli Zanordin Staf FB Bukit Kapah.

Penyerahan Zakat Wakalah KKF kepada   Saudara Rosli bin Zanordin telah disempurnakan oleh Yg Bhg Tn. Hj Nor Zahari bin Zakaria pada 26hb Okt...