Thursday 14 February 2013

“Working Together as a Winning Strategy “




Dengan tagline “Working Together as a Winning Strategy“ Dato’ Ketua Pegawai Eksekutif  FELCRA Berhad berjanji untuk terus menyokong pembanggunan Koperasi, bergerak seiring jalan, bersatu dalam perjuangan, mendokong suatu aspirasi dan cita-cita dalam mencapai matlamat yang sama, memberikan pulangan yang terbaik untuk semua kakitangan FELCRA Berhad yang juga merupakan anggota kepada Koperasi Kakitangan FELCRA. Yg Bhg Dato’ Hj Juzilman B. Basir, berkata demikian dalam ucapan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi kali ke-30 yang berlangsung pada 30 Jun 2012 bertempat di Hotel Brisdale Kuala Lumpur.

Selain daripada berbangga dengan kejayaan koperasi mengekalkan margin keuntungan tinggi dengan keuntungan RM1.63 juta, beliau juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada anggota Lembaga yang telah berjaya mengishytiharkan agihan dividen 10% keatas saham dan 5% keatas yuran modal dengan jumlah keseluruhan berjumlah RM1.04 juta.

Walau bagaimana pun, beliau beharap agar koperasi tidak terlalu selesa dengan keuntungan semata-mata tanpa melihat kepada kedudukan aliran tunai yang menjadi nadi utama kepada kemajuan koperasi. 
Bagi mengukuhkan persepsi tanggapan umum, beliau mengesyorkan agar koperasi meletakkan sasaran untuk diiktiraf oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk berada di dalam kelompok 100 koperasi terbaik sebagai ‘Key Performance Indicator‘ yang perlu dicapai pada tahun 2013. Disamping itu, Dato’ CEO juga peningkatan anggota koperasi sebagai suatu lagi indikator bagi mengukur prestasi pengurusan  memandangkan bahawa keanggotaan adalah tulang belakang yang mendokong koperasi.

Dalam majlis itu, Dato’ Hj Juzilman juga menyaksikan pembayaran zakat berjumlah RM38,753.00 bagi tahun kewangan 2011 yang disampaikan oleh Mantan Pengerusi Koperasi, Tn Hj Yahya B. Yusofe kepada wakil daripada Pusat Zakat Wilayah Persekutuan. Majlis yang turut disertai oleh Pengurus-Pengurus Besar Kumpulan, Pengurus-Pengurus Kanan FELCRA Berhad seta Pengarah- Pengarah Urusan Anak Syarikat serta PengurusBesar KPFB tamat pada jam 11.30 pagi.



No comments:

Post a Comment

Penyerahan Zakat Wakalah KKF kepada Sdr Rosli Zanordin Staf FB Bukit Kapah.

Penyerahan Zakat Wakalah KKF kepada   Saudara Rosli bin Zanordin telah disempurnakan oleh Yg Bhg Tn. Hj Nor Zahari bin Zakaria pada 26hb Okt...