Pada 16hb Oktobor 2020, dua lagi penyampaian zakat wakalah disekitar Wilayah Tengah telah disempurnakan.
Penerima pertama Sdr Abd Rahman bin Idris yang menetap di Batu 7 1/2, Kampung Kundur Tengah, Rembau Negeri Sembilan. Beliau mengalami sakit batu karang dan kini menjalani rawatan Homodialisis sebanyak 3 kali seminggu di Pusat Hemodialysis D'Kasih, Seremban. Sepanjang karier beliau bersama FELCRA Berhad pernah bertugas di Pejabat Kawasan Bukit Kepong, Lakai dan Gunung Tunggal.
Sumbangan dari Koperasi amat disyukuri dan beliau menyampaikan salam kasih kepada sahat-sahabat yang mengenali diri beliau.
Sdr Abd Rahman tetap ceria walau baru pulang dari menjalani rawatan homodialisis. |
Lawatan diteruskan ke Taman Tasik Jaya Seremban untuk melawat Sdr Zainuddin bin Sani. Kehadiran Pengurus Besar Koperasi disambut dengan penuh gembira dan dalam ingatan yang masih bersisa beliau petah bercerita cerita-cerita lama sepanjang berkhidmat dengan FELCRA Berhad Kerangai Penangoh. Beliau yang hilang kedua penglihatan kini banyak bergantung kepada isteri untuk menjalani Rawatan Homodialisis sebanyak 3 kali seminggu di Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Beliau bersara pada tahun 2005 dan menerima pencen ilat Perkeso.
sumbangan zakat disyukuri |
walaupun baru bertemu, banyak kisah nostalgia silam terungkai |
tetap ceria bercerita kisah silam |
Semuga kedua-dua penerima ini terus tabah menghadapi dugaan Allah SWT dan sentiasa selamat dan sejahtera.
No comments:
Post a Comment