Tuesday, 5 February 2013

MENGUKUHKAN BUDAYA KERJA EFEKTIF DAN EFISYEN.



Semuanya berkaitan persepsi dan dalam proses membuat sesuatu keputusan,  seringkali kita dipengaruhi oleh cara bagaimana sesuatu nilai itu ditanggap (perceived).  Dalam konteks koperasi yang digerakkan  oleh anggota sebagai tulang belakangnya, keputusan samada untuk menjadi anggota, berhenti anggota, menambah saham dan sebagainya bergantung kepada bagaimana koperasi itu dinilai oleh anggota. 
Oleh kerana itu, dalam usaha mengekalkan persepsi anggota terhadap koperasi, rekod cemerlang koperasi sepanjang lima tahun kebelakangan ini harus dikekal dan diberi penambahbaikan. 
Untuk itu, budaya kerja yang efektif dan efisyen sebagai asas utama akan terus diperkukuh. Demikianlah mukaddimah Pengerusi Koperasi Kakitangan FELCRA, Yg berbahagia Dato’ Md Ghazali bin Abd Karim dalam temubual khas sempena perlantikan beliau sebagai Pengerusi Anggota Lembaga Koperasi.

Soalan : Bagaimana Dato’ melihat masa depan dan hala tuju koperasi?

Pada dasarnya koperasi berada pada landasan yang baik. Pertumbuhan keuntungan dan kadar dividen yang dibayar kepada anggota meningkat dengan sekata. Dan saya rasa pencapaian utama koperasi adalah cara bagaimana hutang-hutang anak syarikat yang digulung kepada bank-bank diurus dengan cekap.
Kita bercakap dengan Malayan Banking berkaitan hutang Silverbase berjumlah RM7.00 juta yang hampir mustahil untuk  dilunaskan. Tetapi kita lihat, pada hari ini jumlah tersebut telah berkurang kepada RM3.2 juta sahaja. Begitu juga hutang PJB Capital yang berjumlah RM2.00 juta dan kemudahan Trust Receipt dengan Hong Leong Bank yang berjumlah RM600 ribu telah dijelaskan sepenuhnya.
Pada suatu peringkat, terdapat cadangan agar semua hutang-hutang tersebut diperuntukkan sepenuhnya daripada keuntungan tahunan dan natijahnya koperasi tidak akan mampu membayar dividen hingga ke hari ini. Lalu bagaimana agaknya persepsi anggota terhadap koperasi sekiranya perkara itu berlaku. Sesuatu yang tidak dapat dibayangkan jika anggota mengeluarkan saham masing-masing secara beramai-ramai dan koperasi tidak akan mampu untuk terus bertahan hingga kehari ini.  

Soalan : Apakah agenda koperasi seterusnya?

Sesuai dengan keadaan bagaimana lain-lain organisasi berubah, corak pengurusan KKF juga turut berubah kepada sebuah organisasi yang dinamik dan berorientasikan pencapaian. Oleh kerana itu KPI utama koperasi telah ditetapkan daripada pencapaian dalaman kepada pengikhtirafan masyarakat luar terhadap KKF. Jadi kita tidaklah syok sendiri. Maka kita menetapkan KKF harus berada dalam kelompok 100 koperasi terbaik ataupun sekurang-kurangnya tergolong dalam ranking SKM.

Disamping itu, peratusan keanggotaan akan ditingkatkan daripada 70% kepada 90% daripada staf FELCRA dan anak syarikat menjadi anggota KKF. Sementara itu, kita meletakkan sasaran keuntungan kumpulan KKF termasuk FELCRA Travels & Tours bagi tahun kewangan 2012 disasar kepada RM2.00 juta.   
Disamping itu, dalam usaha mengawal kecairan tunai pula, “activity based costing’ (ABC) atau pengurusan kewangan yang memisahkan akaun mengikut aktiviti akan diamalkan semula. Kita yakin perkara ini mampu untuk dicapai dengan kerjasama dan usaha gigih semua pihak.

Soalan: Apakah harapan Dato’ kepada masa depan KKF?

KKF sendiri sedang menjalani transformasi, baik dari segi struktur mahupun pengurusan. Daripada sebuah koperasi  Kredit yang menjadikan pinjam meminjam sebagai aktiviti utama kepada sebuah koperasi Serbaguna yang lebih daripada 60% hasilnya dijana melalui aktiviti perniagaan bukan pinjaman.
Begitu juga dengan komposisi keanggotaan yang melihat kepada terdapatnya jurang generasi (generation gap). Motivasi dan matlamat pelaburan serta ‘spending pattern’ mereka berbeza dan harus difahami. Kuasa beli serta pilihan belian mereka juga berbeza. Terdapat peningkatan yang ketara kepada permintaan gadget komunikasi seperti 'iphone' dan 'ipad', berbanding pada masa lalu barangan kesihatan menjadi pilihan utama.    

Meletakkan  diri sebagai ‘under-dog’ dalam pertandingan mendapatkan kontrak serta menyedari hakikat bahawa terpaksa berkongsi keuntungan dengan ‘main-contractor’ menjadikan KKF sebuah organisasi yang amat menitikberatkan pengurusan kos yang berkesan. Ini suatu amalan yang baik dan menjadi punca utama kepada margin keuntungan koperasi yang tinggi.  
Keputusan pembelian FELCRA Travel & Tours Sdn Bhd adalah amat bersesuaian dengan masanya. Walau pun belum beroperasi sepenuhnya, hingga kini syarikat tersebut telah mencatatkan keuntungan yang baik. Diperingkat KKF pula kita akan berusaha untuk mengumpulkan dana bagi membiayai kos mengerjakan ibadah Umrah dan ziarah serta melancung kemana sahaja kepada melalui skim KKF EasyTravel yang menyediakan kemudahan RM20,000 setiap seorang. InsyaAllah pada tahun akan datang kita akan merialisasikan impian semua anggota bercuti bersama keluarga, mengerjakan Umrah, Bulan Madu kali kedua melalui pakej-pakej yang disediakan oleh FELCR A Travel & Tours dan pembiayaan oleh koperasi. 
Harapan saya agar KKF ini akan terus menjadi pemangkin kepada peningkatan tahap sosio-ekonomi anggota. Kekal menjadi suatu ‘instrument’ yang menguntungkan, selamat dan terjamin.

      

No comments:

Post a Comment

Penyerahan Zakat Wakalah KKF kepada Sdr Rosli Zanordin Staf FB Bukit Kapah.

Penyerahan Zakat Wakalah KKF kepada   Saudara Rosli bin Zanordin telah disempurnakan oleh Yg Bhg Tn. Hj Nor Zahari bin Zakaria pada 26hb Okt...